~ ASSALAMUALAIKUM ~ ^^

mulakan setiap langkah dgn doa dan senyuman :)

Monday 27 February 2012

saya copy paste benda nih ^^

Iblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.

Bagaimanakah caranya? 

1. Membuka Bahagian Tangan 


Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

"Ah!Tidak apa-apa, kan masih pakai tudung dan pakai baju panjang."Begitu bisikan syaitan.

Akhirnya si wanita menampakkan tangannya dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti biasa.

Maka syaitan berbisik, "Hah,tak apa-apa kan?"
 

2. Membuka Leher dan Dada 

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan perkara baru lagi.

"Kini buka tangan sudah menjadi lumrah, maka perlu ada peningkatan fesyen yang lebih maju lagi, iaitu terbuka bahagian atas dada kamu, tetapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sedikit untuk mendapatkan hawa agar tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli kerana sebahagian sahaja yang terbuka."

Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari fesyen setengah lingkaran hingga fesyen berbentuk "V". 

3. Berpakaian tapi Telanjang 

Syaitan berbisik lagi, "Pakaianmu hanya begitu-begitu saja, cubalah fesyen yang lebih bagus! Banyak kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat agak ketat biar lebih indah dan cantik dipandang."

Maka tergodalah si wanita. "Mungkin tidak ada masalah, kan potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya sahaja yang berbeza, agar nampak lebih feminin," begitu syaitan menokok-nambah.

Maka, jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi s.a.w sebagai kasiyat 'ariyat (berpakaian tapi telanjang). 

4. Agak Terbuka Sedikit 

Setelah para muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka syaitan datang lagi.

"Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, kerana sempit, kan lebih baik dibelah hingga lutut atau mendekati peha? Dengan itu kamu lebih selesa."

Lalu dicubalah idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahaian bawah hingga lutut atau mendekati peha ternyata lebih selesa dan mudah untuk duduk atau menaiki kenderaan. 

5. Tudung Semakin Kecil 

Kini syaitan melangkah dengan tipu daya lain yang lebih "power".

Tujuannya adalah agar para wanita menampakkan bahagian auratnya. "Oh, ada yang terlupa! Kalau kamu pakai baju sedemikian, maka tudung yang besar tidak sepadan lagi. Sekarang kamu cari tudung yang lebih kecil agar serasi dan sepadan. Orang tetap akan menamakannya tudung." 

6. Terdedah 

Si wanita ternyata selesa dengan fesyen baru yang dipakainya seharian. Syaitan datang memberi idea lagi. "Rambutmu sangat cantik. Bukankah lebih selesa jika tudungmu dilepaskan. Kamu bebas mencuba fesyen rambut yang pelbagai. Malah, kamu boleh mewarnakan mengikut warna yang kamu suka supaya kelihatan lebih menawan."

Maka, sekali lagi syaitan berjaya mempengaruhi si wanita supaya mendedahkan rambutnya. 

7. Membuka Seluruh 
Syaitan kembali berbisik, "Kalau langkah kakimu masih kurang selesa, maka cubalah kamu cari fesyen yang lebih menarik. Bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya kira-kira 10 sentimeter sahaja. Nanti kalau kamu sudah biasa, baru cari fesyen yang di atas paras lutut"

Benar-benar bisikan syaitan telah menjadi penasihat peribadinya.

Maka terbiasalah dia memakai pakaian terdedah.

Terkadang si wanita berfikir, apakah ini tidak bersalahan dengan agama?

Namun bisikan syaitan menyahut, "Ah, jelas tidak bersalahan. Kan sekarang zaman sudah semakin moden. Kamu hanya mengikut arus fesyen masa kini."

"Tetapi, apakah ini tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki?" hati si wanita curiga.

"Fitnah? Ah, kalau kaum lelaki melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini bererti sudah tidak ada fitnah lagi, kerana sama-sama suka?" syaitan menghasut.

Begitulah sesuatu yang seakan-akan mustahil untuk dilakukan.

Namun syaitan tidak pernah berhenti membisikkan hasutan-hasutan jahat sehingga ke saat kematian seorang anak Adam itu.

Hingga pada suatu ketika nanti akan muncul idea untuk mandi di kolam renang atau di pantai secara terbuka, di mana hanya dua bahagian sahaja yang ditutupi iaitu kemaluan dan buah dada!!!
Ingatlah, syaitan laknatullah hanya pandai menjanjikan kita dengan janji-janji palsu yang halus dan memikat, janji untuk keseronokan dunia, tetapi sebenarnya janji itu palsu dan racun yang mematikan! Nauzubillah...

Saturday 18 February 2012

~ hargai ibu bapa anda ~ ^^

~‎ AJAIBNYA TANGAN SEORANG IBU ~


=► Ketika kita lapar, tangan ibu yang menyuap. 

=► Ketika kita haus, tangan ibu yang memberi minuman.

=► Ketika kita menangis, tangan ibu yang mengesat air mata. 

=► Ketika kita gembira, tangan ibu yang menadah Syukur, memeluk kita erat dengan deraian
 air mata bahagia.

=► Ketika kita mengantuk, tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang. 

=► Ketika kita mandi, tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan, membersihkan segala
 kekotoran.

=► Ketika kita dilanda masalah, tangan ibu yang membelai duka sambil berkata... Sabar nak , sabar ye sayang ^_^


okey,mcm ape yg ditulis kat atas tuu
betapa sayang nye ibu kat kita =)
tapi,kenapa masih ada yg derhaka kat ibu haa !
ibu tu lahirkan kita,jaga mse kita kecik..
nyamuk pon die tk kasi sentuh kita
betapa besar nya pengorbanan seorg ibu ni..

okey tgk gmbr ni :(

sedih kan, :'(
ni rse nye time gempa bumi atau perang cmtu la
tgk ! ibu kita,dia snggup lidungi kita
walaupon dia tau nyawa dia boleh hilang

apa yg ajaibnya tgn ibu ni ?
meh sini nk kasi tau..
tgn ibu ! tgn tu la yg selalu belai kita
tgn tu la yg selalu mnjakan kita,yg selalu tlg kita
tapi ! bila kita besar,kita lupa semua tu
apa yg kita tau,kalau ibu pukol kita guna tgn tu
ibu kita jahat ! ibu tk sygkan kita !
astagfirallalazim,sedar la !
ibu pukol kita sebab dia syg kita !!

kenapa zaman sekarang ramai yg lupa semua tu
tkde ibu tkde kita kat dunia ni :)
hargai la setiap pengorbanan ibu kat kita !!
setitik air mata ibu yg jatuh ke bumi disebabkan
kejahatan yg kita buat,
berdosa la kita ;(



okey,same2 la kita lepas ni doakan
ibu bapa kita ye :)
hargai la tangan yang belai kita masa kita kecil
tanpa tangan yg suci tu
tkdela doa untok kita ^^
jadi korg ! igt ~ jgn derhaka dgn ibu korg
okey guys !!

Thursday 9 February 2012

ape punya perangai daa ~

holla ! =)
okey,ak nk kongsi gmbr arnab ak yg berperangai pelik !
hahaha ~
time ni die kne mrh so die merajuk ..
haha ! lpe nk knlkan yg hitam ni
okey2,yg hitam ni nme die comel !
die ni garang,tp manje ! haha
pagi td,ak lps die maen2 kat dpn rumah,pastu die nmpk
pintu rumah terbuka,tros die nk lari masuk
tp ak tk bagi la kan ~ haha
geram punyer pasal ,die gigit pintu besi !
haha,gilaa punya comel !

haha ! ni la kje diorg !
tgk la muka masing2 ! pantang nmpk camera ~
hahah
yg coco tu,tu la gye pelik die !
die mmg suke dok mcm tu,hahah
so this is my weirdo pets !