~ ASSALAMUALAIKUM ~ ^^

mulakan setiap langkah dgn doa dan senyuman :)

Monday 16 April 2012

A.U.R.A.T =]

Ada yang cakap bertudung kira dah mencukupi la. but,tau tak yang bertudung sahaja tidak mencukupi sebagai syarat menutup aurat. okeyh,antara kesalahan wanita pasal tutup aurat :
Pertama, ada yang kata, aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kedua, ada yang kata nak bertudung dan berlengan pendek sudah memadai.
Ada juga yang berpakaian cantik, berkebaya yang longgar, bertudung menutupi dada.Tapi, bila angin bertiup, terus terbuka belahan kat kain dan ternampaklah  betis bunting padi.Pak Aji yang ternampak pun terus tutup mata dengan jari yang direnggangkan.Astaghfirullah.*amboii pak AJI ==''
Ada juga yang rasa berselendang menutup sebahagian rambut sudah mencukupi. Baru nampak stylo katanya. *spe ajor ==''
 ade jugak yg memang cukup suka menyelempangkan tudung yang dipakainya kebelakang leher. Maka, terdedahlah permata yang sentiasa menjadi idaman lelaki.
Dan satu lagi, bertudung tapi tudungnya nipis. Maka nampaklah batang leher yang jinjang.Macam tudung bawal, tudung tenggiri.Aku pun pelik kenapa ada yang suka pakai tudung-tudung macam tu. Memang cantik sebab ada batu-batu lawa. Tapi, tak bolehkah cari tudung yang tidak jarang? Atau pakai tudung kecil di dalamnya.*alhamdulillah tudung ak tk jarang ^^ hihi
pastu2 ! yang menjadi trend masa kini adalah bertudung  yang pendek tidak menutupi dada. cth : tudung bibik..
Ketahuilah, orang Kristian dan Yahudi juga bertudung. Dan ketahuilah juga bahawa orang Islam perlu dibezakan dari mereka. Kenapa? Sebab setiap orang itu ada identiti masing-masing. Kenapa perlu menyerupai orang lain ketika kita mampu berdiri dengan identiti kita sendiri? Dalam hadis sendiri sudah dinyatakan.
Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu ‘Umar, ia berkata bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda :
“Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka.”
Hadits di atas menetapkan haramnya meniru mereka dan secara zahirnya menunjukkan bahawa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur sebagaimana tersebut pada firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:
“Barang siapa di antara kamu yang berteman dengan mereka, maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka.”
Islam begitu teliti, hinggakan nabi s.a.w. sendiri melarang orang Islam meniru cara orang Yahudi tentang uban di rambut.
“Rubahlah uban rambut kepala kamu dan jangan kamu meniru kaum Yahudi.”

(Riwayat At-Tirmizi).
Orang Kristian, bertudung dan tudungnya tidak melabuhi dada. Tudungnya juga diikat sedikit ke belakang. Sama seperti yang diamalkan oleh kebanyakan wanita Muslim sekarang. Tidakkah itu termasuk dalam larangan meniru gaya bukan Muslim?
Orang Yahudi pula, bertudung, tetapi diselempangkan ke belakang lehernya. Itu juga yang dijadikan amalan dan fesyen busana muslimah.
Nak tau cara sebenar bertudung muslimah yang sempurna? Baca sini untuk lebih lanjut. Artikel tuu menerangkan dengan terperinci macamana sebenarnya bertudung dan menutup aurat. Cuma, secara amnya, bertudung, biarlah labuh menutupi dada. Berpakaian longgar dan tidak jarang sehingga boleh menampakkan susuk tubuh. Tidak berkain belah. Itulah ciri-cirinya.
okeyh ! jom kita nilai kualiti tudung kita . Jom baca hasil tulisan Ustaz Zaharuddin.
Manis kan?
Jadi, bila terbaca artikel kat blog  Ustaz Zaharuddin , fikirkan  semula sejauh mana kita sebagai  kaum wanita menjaga hak lelaki dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Kita menghina lelaki yang mencabul kehormatan wanita lain. Puas dikata dan diumpat. Tetapi, jika dilihat semula, wanita itu mungkin ‘sengaja’ menduga lelaki itu dengan cara dia berpakaian. Maka, orang kata, bertemu buku dengan ruaslah.
Nanti! Mungkin ada juga yang kata bahawa wanita yang dicabulnya juga  menutup aurat. Memang mengikut syariat. Tetapi kenapa dia tetap kena? Kewajipan menutup aurat ni diletakkan ke atas setiap wanita. Dengan kata lain, setiap wanita bertanggungjawab menjaga auratnya dari dilihat lelaki bukan muhrim. so, kalau seorang tidak menutup aurat, secara tak langsung, dia dah mendedahkan wanita lain dengan risiko untuk dicabul kehormatannya. Mungkin dia terselamat, tapi wanita lain yang terkena hanya kerana sikap tidak bertanggungjawabnya pada diri sendiri dan orang lain. Dengan kata lain, dia adalah penyebab kepada rakan wanita yang dicabul kehormatannya.
kita  menutup aurat kita tapi pada masa yang sama kita membuka ruang untuk dapat dosa percuma.Sbb tudung kita tidak sempurna!
ape lagi ,sempurnakan tudung kita ! ^^v
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan sifat yang lemah lembut.
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan akhlak yang baik. 
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan kata-kata yang baik.
A.U.R.A.T
Tidak akan tertutup dengan solat.
TETAPI…
A.U.R.A.T
Akan tertutup dengan pakaian yang sempurna. Maka, sempurnakanlah pemakaian kita. Jom tutup aurat dengan betul.



No comments:

Post a Comment