~ ASSALAMUALAIKUM ~ ^^

mulakan setiap langkah dgn doa dan senyuman :)

Saturday 28 July 2012

MA RABBUKA !


Ma Rabbuka?Siapa tuhan kamu?

Satu soalan yang sangat mudah untuk dijawab ketika hidup di dunia ini. Tanyalah Mat Rempit, sambil mereka buat superman mereka boleh jawab dengan selamba, "Allah la der....". Tanyalah Mat Gian siapa tuhanmu? Sambil cucuk jarum mereka boleh jawab, "Allah la braderrr....". Bahkan tanyalah kepada Kaki Judi Sport Toto, siapa tuhanmu? sambil beli nombor mereka boleh jawab, "Allah...konfem".

Tapi satu masa nanti kita akan singgah masuk kawan rehat dan rawat (RnR) bawah tanah. Masa tu jasad bukan kita punya lagi. Lidah bukan milik kita lagi untuk menjawab. Kaki dan tangan bukan milik kita lagi untuk lari dari malaikat yang bertanya soalan. Otak juga sudah tidak mampu berfikir mencari dalih. Hanya yang tinggal amalan kita ketika hidup sebagai penjaga kita di dalam kubur.

Ketika itu soalan "Ma Rabbuka?" tidak lagi mudah macam ketika hidup dunia. Amalan kitalah yang akan menjawab segala soalan yang ditanyakan malaikat Munkar dan Nakir. Ketika ini Mat Rempit tak mampu lagi menjawab, "Allah la der....",tapi amalan mereka akan menjawab "Motorsikal tuhanku". Mat Gian pun dah tak boleh jawab, "Allah la brader.....", tapi amalan mereka akan menjawab "dadah tuhanku". Amalan kaki judi pula akan menjawab bagi pihak mereka,"Judi tuhanku".

Kita pun begitu. Kalau amalan kita yang paling banyak adalah menonton drama, movie, konsert, lagu, atau karok, pasti amalan kita akan menjawab "hiburan tuhanku". Kalau hidup kita penuh dengan bola, pagi bola petang bola, makan bola tidur bola, pasti amalan kita akan menjawab "bola tuhanku". Kalau hidup kita penuh dengan amalan mencari duit untuk hidup senang lenang di dunia, pasti amalan kita akan menjawab, "duit tuhanku". Naudzubillahi min dzalik.

Justeru penuhkanlah amalan kita dengan amalan yang akan membantu kita menjawab soalan di dalam kubur nanti kerana hukuman kepada meraka yang gagal menjawab soalan dengan betul adalah pukulan keras dari malaikat Munkar dan Nakir. Pukulan yang jauh lebih azab daripada rotan pengetua atau terajang senior di sekolah dulu. Ada riwayat mengatakan pemukul yang digunakan oleh malaikat untuk memukul mereka yang gagal menjawab soalan adalah sangat berat hingga tidak mampu diangkat oleh semua jin dan manusia. Kalau kena rotan di sekolah paling kuat berbirat bontot dan butang poket belakang tercabut, tapi kena pukul dengan malaikat tercabut segala benda, tercampak entah ke mana-mana.

Bersedialah kita untuk menjawab soalan ini. Tapi bukan dengan menghafal jawapan past year tapi dengan amalan kita seharian. Takut-takut jawapan kita kepada soalan "Ma Rabbuka?" nanti adalah jawapan yang selain daripada Allah, walaupun kita dah solat 5 waktu, puasa pun cukup, dan dah naik haji dua tiga kali. Ingatlah dunia yang sangat sementara ini hanyalah sekadar persiapan mengumpul bekal amal untuk kita menghadapi ujian seterusnya di alam barzakh dan alam mahsyar sebelum tiba di destinasi terakhir kita di alam akhirat yang hanya terdapat dua pilihan, sama ada syurga atau neraka. Kalau kita berjaya di kubur pasti perjalanan yang seterusnya akan mudah. Moga Allah golongkan kita dalam golongan mereka yang berjaya. Amin.






Satu hari nanti kita juga akan kena usung macam tu bawak pegi kubur.
Kereta kita, rumah kita semua tinggal kat orang lain. Padan muka kita.

No comments:

Post a Comment